Wednesday 1 June 2011

MAKLUMAN TERKINI


Makluman kepada Ahli-Ahli Jam’iyah

Jawatankuasa Saudara Muslim menyediakan ruangan ini bagi memudahkan ahli-ahli mengikuti perkembangan Persekutuan Seruan Islam ( Jam’iyah ) Selangor dan Wilayah Persekutuan secara lebih dekat, tepat, pantas, dipercayai dan boleh dicapai pada bila-bila masa.

Program atau aktiviti yang melibatkan di kawasan Selangor Darul Ehsan sahaja akan dimuatkan diruang ini bagi menyelaraskan program/aktiviti supaya teratur dan bersistematik.

Di samping itu, maklumat lain turut dimuatkan diruangkan ini bagi mempelbagaikan sumber maklumat.

Hanya maklumat yang sampai kepada Jawatankuasa Saudara Muslim sahaja akan dipaparkan sebagai bahan sebaran umum.

Jam’iyah perlu melangkah kehadapan untuk menyebarkan maklumat kepada ahli.

Semua teguran dan pandangan amat dialu-alukan.


Salam daripada:
Jawatankuasa Saudara Muslim.

 

No comments:

Post a Comment