Friday 1 July 2011

PROGRAM KONVENSYEN MELAYU MUSLIM NASIONAL


Ikatan Muslim menjemput Jawatankuasa Saudara Muslim dan ahli-ahli  Jam'iyah hadir ke Program Konvensyen Melayu Muslim Nasional 2011 yang akan diadakan seperti jadual berikut:-

Pada: 9 Julai 2011 ( Sabtu )
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Dewan auditorium D08, Parcel D Presint 1, Putrajaya.
Penyertaan: Bayaran RM 10.00 seoran..

Semua ahli dialu-alukan hadir.
 

Wednesday 22 June 2011

PERJUMPAAN REJAB


Perjumpaan bersama saudara baru sempena bulan Rejab 1432H akan diadakan seperti jadual berikut:-

Pada 25 Jun 2011
Jam: 11.30 pagi
Tempat:  Palace Of The Golden Horses Hotel, Jalan Kuda Emas, Mines Resort City, Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.  
Jemputan: Seramai 6 orang

Maklumat diterima melalui panggilan telefon daripada:
Encik Iskandar Neoh Abdullah.
 

Tuesday 21 June 2011

PROGRAM ISRA' MIKRAJ


Program Isra' Mikraj akan diadakan seperti jadual berikut:-

Pada: 25 Jun 2011 ( Sabtu )
Masa: 11.00 pagi
Tempat: Masjid al-Muhsinin, Kampung Sungai Kandis, Seksyen 36, Shah Alam, selangor Darul Ehsan
Penyertaan: Jawatankuasa Agong dan Ahli Jamiyah serta orang ramai.

Semua ahli dijemput hadir


Dihantar melalui pesanan ringkas oleh.
Pengerusi Jawatankuasa Wanita Jamiyah


Wednesday 1 June 2011

MAKLUMAN TERKINI


Makluman kepada Ahli-Ahli Jam’iyah

Jawatankuasa Saudara Muslim menyediakan ruangan ini bagi memudahkan ahli-ahli mengikuti perkembangan Persekutuan Seruan Islam ( Jam’iyah ) Selangor dan Wilayah Persekutuan secara lebih dekat, tepat, pantas, dipercayai dan boleh dicapai pada bila-bila masa.

Program atau aktiviti yang melibatkan di kawasan Selangor Darul Ehsan sahaja akan dimuatkan diruang ini bagi menyelaraskan program/aktiviti supaya teratur dan bersistematik.

Di samping itu, maklumat lain turut dimuatkan diruangkan ini bagi mempelbagaikan sumber maklumat.

Hanya maklumat yang sampai kepada Jawatankuasa Saudara Muslim sahaja akan dipaparkan sebagai bahan sebaran umum.

Jam’iyah perlu melangkah kehadapan untuk menyebarkan maklumat kepada ahli.

Semua teguran dan pandangan amat dialu-alukan.


Salam daripada:
Jawatankuasa Saudara Muslim.